The Soda Pop
248646 172215892839023 100001518399485 427372 5233517 n
Habib Muhammad Anis bin Alwi
bin Ali Al-habsyi
Tokoh ulama yang khumul lagi
wara`, pemuka dan sesepuh
habaib yang dihormati, Habib
Anis bin Alwi bin Ali bin
Muhammad bin Husain al-Habsyi
rahimahumullah telah kembali
menemui Allah s.w.t. kelmarin 14
Syawwal 1427 H bersamaan 6
November 2006 dalam usia kira-
kira 78 tahun. Habib Anis
sewaktu hayatnya sentiasa
mengabdikan dirinya untuk
berdakwah menyebarkan ilmu
dan menyeru umat kepada
mencintai Junjungan Nabi s.a.w.
Beliau menjalankan dakwahnya
berdasarkan kepada ilmu dan
amal taqwa, dengan
menganjurkan dan mengadakan
majlis-majlis ta'lim dan juga
majlis-majlis mawlid, dalam
rangka menumbuhkan mahabbah
umat kepada Junjungan Nabi
s.a.w. Selain berdakwah keliling
kota, sehingga muridnya
menjangkau puluhan ribu orang
di merata-rata tempat. beliau
memusatkan kegiatan dakwah
dan ta'limnya di masjid yang
didirikan oleh ayahanda beliau, al-
Habib Alwi bin 'Ali al-Habsyi, yang
dikenali sebagai Masjid ar-Riyadh,
Gurawan, Pasar Kliwon, Solo
(Surakarta), Jawa Tengah.
Dalam majlis-majlis ilmu yang
lebih dikenali sebagai rohah,
dibacakan kitab-kitab ulama
salafus sholeh terdahulu
termasuklah kitab-kitab hadits
seperti "Jami`ush Shohih" karya
Imam al-Bukhari, bahkan
pengajian kitab Imam al-Bukhari
dijadikan sebagai wiridan di
mana setiap tahun dalam bulan
Rajab diadakan Khatmil Bukhari,
iaitu khatam pengajian kitab
"Jami` ash-Shohih" tersebut.
Setiap malam Jumaat pula
diadakan majlis mawlid dengan
pembacaan kitab mawlid
"Simthuth Durar" karya nenda
beliau yang mulia al-Habib 'Ali bin
Muhammad al-Habsyi. Manakala
setiap malam Jumaat Legi
diadakan satu majlis taklim dan
mawlid dalam skala besar dengan
dihadiri ramai masyarakat awam
dari pelbagai tempat yang
terkenal dengan Pengajian
Legian, di mana mawlid
diperdengarkan dan tausyiah-
tausyiah disampaikan kepada
umat. Peringatan mawlid
tahunan di bulan Rabi`ul Awwal
dan haul Imam Ali al-Habsyi
disambut secara besar-besaran
yang dihadiri puluhan ribu umat
dan dipenuhi berbagai acara ilmu
dan amal taqwa. Sesungguhnya
majlis para habaib tidak pernah
sunyi dari ilmu dan tadzkirah
yang membawa umat kepada
ingatkan Allah, ingatkan
Rasulullah dan ingatkan akhirat,
yang disampaikan dengan penuh
ramah - tamah dan bukannya
marah-marah. Habib Anis terkenal
bukan sahaja kerana ilmu dan
amalnya, tetapi juga kerana
akhlaknya yang tinggi, lemah
lembut dan mulia. Air mukanya
jernih, wajahnya berseri-seri dan
sentiasa kelihatan ceria.
Kebanyakan yang menghadiri
majlis-majlis beliau adalah
kalangan massa yang dhoif, dan
kepada mereka-mereka ini Habib
Anis memberikan perhatian yang
khusus dan istimewa. Kemurahan
hatinya kepada golongan ini
sukar ditandingi menjadikan
beliau dihormati dan disegani
ramai. Sungguh tangan beliau
sentiasa di atas dengan memberi,
tidak sekali-kali beliau jadikan
tangannya di bawah meminta-
minta. Inilah antara ketinggian
akhlak Habib Anis al-Habsyi rhm.
Sungguh kemuliaannya bukanlah
semata-mata faktor
keturunannya yang umpama
bintang bergemerlapan, tapi juga
kerana ilmunya, taqwanya,
waraknya dan akhlaknya yang
mencontohi akhlak para
leluhurnya terdahulu. Para
leluhurnya yang terkenal dengan
ketinggian akhlak mereka
sehingga telah menawan hati
segala rumpun Melayu rantau sini
untuk memeluk agama Islam
yang mulia.
Sedih dan pilu rasa hati, seorang
demi seorang ulama kita kembali
ke hadhrat Ilahi. Khuatir kita jika
tiada pengganti mereka, yang
meneruskan usaha mereka untuk
menyeru kepada Allah dan
rasulNya. Bermohon kita kepada
Allah dengan sebenar-benar dan
setulus-tulus permohonan, agar
yang patah tumbuh, yang hilang
berganti. Kita sentiasa
memerlukan bimbingan
berkesinambungan daripada para
ulama dan daie yang mukhlisin
lagi berakhlak mulia, agar
kejahilan dan keruntuhan akhlak
tidak berleluasa. Hari ini selesailah
permakaman beliau di Kota Solo
di kompleks makam Masjid ar-
Riyadh di sisi ayahandanya al-
Habib Alwi bin Ali al-Habsyi. Kami
ucapkan selamat jalan kepada
Habib yang dikasihi. Mudah-
mudahan musibah
ketidaksampaian kami
menziarahinya sebelum
kewafatannya diberi ganjaran
oleh Allah dengan kesudianNya
menghimpunkan kami
besertanya di syurga penuh
keni'matan di samping nendanya
yang mulia Junjungan Nabi s.a.w.
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻣﻴﻦ
Selamat jalan, ya Habibna
Kuharap nanti di sana kita kan
bisa kumpul semula
Di tempat lebih santai, lebih
nyaman, lebih mulia
Berbanding dunia yang penuh
pancaroba
Ya Habibna,
Pemergianmu menyayat hati
setiap muhibbin merasa
Pemergianmu dalam suasana
kami masih perlukan bapa
Yang nasihatnya menusuk
sanubari dan masuk kepala
Tapi tiada siapa dapat menolak
ketentuan Yang Maha Esa
Ya Habibna
Musibah ini kami terima dengan
redha
Semoga musibah kami atas
kehilanganmu diberi pahala
Diberi ganjaran apa yang kami
damba
Berkumpul bersamamu di
Jannatul Firdaus al-A'la
Bi jiwari an-Nabiyyil Mukhtar al-
Musthofa
Ya Habibna,
Pemergianmu kami iringi doa
Agar kasih sayang Allah buatmu
sepanjang masa
Dicurahkan persemayamanmu
hujan rahmat tiap ketika
Ditinggikan darjat serta diberi
sinar cahaya
Kesunyianmu dihilangkan dan
kebajikanmu diganda
Bagi kami dan bagimu
perlindungan Allah sentiasa
Diselubungi kedamaian
penjagaanNya yang sempurna
Selamat jalan, ya Habibna
Damailah dikau di sana
Jangan lupakan kami para
muhibbin yang masih di dunia
Doakan agar kami menuruti
ajaran nendamu yang mulia
Biar kami mati membawa iman,
ketaatan dan kasih cinta
Pada Allah, pada Rasul, pada
sholihin, pada agama —